Flashback Time #2


Hari ini,
aku bangkit dari jatuh pada hari semalam,
aku gagah dari lemah pada hari semalam,
aku berlari dari kecewa pada hari semalam,
dan aku pergi jauh meninggalkan hari semalam.

Kenapa ?
kerana adanya dia yang dihantar untuk bawa aku sejauh ini,
kerana hadirnya dia memberi kekuatan pada aku hari ini,
memberi bahagia pada aku,
mengembalikan senyum tawa aku,
menghadiahkan rasa sayang pada aku,
dan hadir untuk aku.

Sayang,
tak habis untuk diucap,
tak sudah untuk diungkai,
kata terima kasih kerana hadir membawa semangat baru,
memberi harapan tinggi,
dan nasihat positif yang tak pernah habis.
Jujur,
kuatnya aku harini atas kekuatan yang kau berikan,
yang tak pernah putus.

Sayang,
kau hadir memberi cinta,
membawa bahagia,
dan memberi rasa rindu,
yang tak pernah ada habisnya.

Kepada yang telah pergi,
cukup kau buang aku seperti yang tiada perasaan,
tak perlu mencari lagi,
tak usah beri alasan untuk menghubungi,
sikit pun aku tidak perlu kan kau lagi,
sikit pun aku TAKKAN pandang ke belakang lagi,
cukup celaka yang kau bagi,
cukup hina yang kau beri,
aku dah tak peduli lagi.
Betul kau cakap aku akan jumpa yang jauh lebih baik,
bangga aku ia-kan dengan sejuta keikhlasan dari hati,
dan kau perlu tahu juga,
aku cukup bahagia dan lebih dari apa yang kau harapkan.

Never Wish Life Was Easier But Wish That You Were Better