Sebelum kaki melangkah pulang,
izinkan hati mencoret sedikit luahan,
kepada semua yang ada dalam gambar di atas,
juga tiga lagi yang tiada di dalam gambar,
aku ucapkan jutaan terima kasih,
untuk setiap kenangan yang tercipta pada sem empat ini,
terima kasih juga,
kerana menjadi pengukir senyuman juga gelak tawa setiap hari.
Tak lupa juga,
jutaan kata maaf andai diri kurang dari segala sudut,
rindu takkan hilang dari diri,
sayang takkan pergi dari hati,
dan kalian takkan lenyap dari ingatan,
semoga berjumpa lagi semester depan,
dengan harapan,
semua sihat belaka,
semua masih mampu ceria seperti selalu,
Farewell Tg Malim !